Saturday 28 April 2012

Video Tips Pengiraan Matematik


Salam semua.. Hari ini Cikgu nak berkongsi dengan anda semua video yang mengandungi pelbagai tips matematik. Kita selalunya sudah biasa dengan penggunaan kalkulator sehingga soalan yang remeh pun kita masih menggunakan kalkulator. Jadi harap video ini dapat membantu anda semua dalam menjawab soalan ujian matematik nanti. 



Nota Ringkas Matematik Tingkatan 1 Bab 3 : Peratusan




Tips jawab soalan
  1. Cari jumlah asal barangan atau benda dalam soalan.Kalau diberi itu merupakan jumlah keseluruhan atau merupakan 100%.
  2. Kalau tak diberi jumlah keseluruhan maka biasanya soalan itu memerlukan anda mencari jumlah 100% itu.
  3. Baca betul2 soalan yang diberi dan semak jumlah asal dan berapa jumlah peratus yang soalan mahukan.


Tuesday 24 April 2012

LATIHAN TUBI BAB 1 : NOMBOR BULAT


A) Tuliskan dalam nombor

1.         Lapan ribu tujuh ratus lima belas -             


2          Tiga puluh dua ribu empat ratus tujuh puluh lima - 


3          Sembilan puluh tiga ribu dua ratus enam puluh tujuh - 


4          Lima ratus enam puluh tiga ribu empat ratus                - 
            tujuh puluh sembilan            

5          Lima puluh lapan ribu tiga puluh dua -
  
B) Tuliskan dalam perkataan. 
1.         97 542 -           


2          503647 -           

3          758900 -            

4          78453 -         

5          876450 -   


C) Tulis nilai tempat bagi digit yang bergaris
1          6 312 475                  -            

2          567 845                      -          

3          58 326                        -           

4          5 621 053                  -           

5          8 764 305                  -           




JAWAPAN
SELAMAT MENCUBA ~


JAWAPAN LATIHAN TUBI BAB 1 : NOMBOR BULAT


LATIHAN TUBI BAB 1 : NOMBOR BULAT
A) Tuliskan dalam nombor

1.         Lapan ribu tujuh ratus lima belas - 8715                       
 
2          Tiga puluh dua ribu empat ratus tujuh puluh lima - 32475
 
3          Sembilan puluh tiga ribu dua ratus enam puluh tujuh - 93267 
 
4          Lima ratus enam puluh tiga ribu empat ratus                - 563479 
             tujuh puluh sembilan            

5          Lima puluh lapan ribu tiga puluh dua - 58032 
  
B) Tuliskan dalam perkataan. 
1.         97 542 -           Sembilan puluh tujuh ribu lima ratus empat puluh dua
 
2          503647 -           Lima ratus tiga ribu enam ratus empat puluh tujuh

3          758900 -           Tujuh ratus lima puluh lapan ribu Sembilan ratus 

4          78453 -         Tujuh puluh lapan ribu empat ratus lima puluh tiga

5          876450 -   Lapan ratus tujuh puluh enam ribu empat ratus lima puluh


C) Tulis nilai tempat bagi digit yang bergaris
1          6 312 475                  -           ratus ribu 

2          567 845                      -           ribu

3          58 326                        -           ratus

4          5 621 053                  -           puluh

5          8 764 305                  -           ratus ribu





Wednesday 18 April 2012

Latihan Tubi

LATIHAN TUBI BAB 1: NOMBOR BULAT
LATIHAN TUBI BAB 2: PECAHAN
LATIHAN TUBI BAB 3: PERATUSAN

NOTA BAB 1 NOMBOR BULAT

Bab 1: Nombor Bulat



Pada akhir pelajaran, pelajar haruslah :
1. Membilang, membaca dan menulis nombor bulat
2. Memberi nilai tempat dan nilai digit
3. Membundarkan nombor

NOMBOR BULAT


0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, … , 99, 100, 101, …





1. Membilang, membaca dan menulis nombor bulat
Contoh 1: Menulis nombor dalam perkataan

253703548
Penyelesaian: 
Dua ribu lima ratus tiga juta, tujuh ratus tiga ribu, lima ratus empat puluh lapan


Contoh 2: Menulis perkataan dalam nombor

Sembilan ratus lapan ribu seratus empat puluh
Penyelesaian: 
908140

2. Memberi Nilai Tempat dan Nilai Digit

Setiap digit dalam suatu nombor bulat mewakiliti satu nilai yang tertentu mengikut nilai tempat digit itu.

Contoh : 2437658

2=juta
4=ratus ribu
3=puluh ribu
7=ribu
6=ratus
5=puluh
8=sa


Contoh soalan:

Nyatakan nilai tempat dan nilai digit yang bergaris dalam setiap nombor berikut.

(a) 27 634

(b) 6 890 375

Penyelesaian:

(a) Nilai tempat bagi digit 2 ialah puluh ribu. Nilai digit 2 ialah 20 000.

(b) Nilai tempat bagi digit 6 ialah juta. Nilai digit 6 ialah 6 000 000.




3. Membundarkan nombor

Dalam kehidupan harian, kadangkala kita menganggarkan suatu nilai dengan membundarkan nilai tersebut. Misalnya, harga sebuah kereta ialan RM81999. Harga ini dikatakan lebih kurang RM82000. Nombor 81999 menjadi 82000 apabila dibundarkan kepada ribu yang hampir sebagai anggaran harga bagi kereta itu.

Contoh:

Bundarkan 957 384 kepada

(a) ribu yang hampir

(b) puluh ribu yang hampir

Penyelesaian (a)

Dalam nombor 957 384, digit yang berada di nilai tempat ribu ialah 7. Nombor di sebelah kanan 7 ialah 3 iaitu kurang daripada 5. Maka, kekalkan 7, gantikan 3, 8 dan 4 dengan 0.

Jawapan = 957 000

Penyelesaian (b)

Dalam nombor 957 384, digit yang berada di nilai tempat puluh ribu ialah 5. Nombor di sebelah kanan 5 ialah 7 iaitu lebih daripada 5. Maka, tambah 1 pada 5, gantikan 7, 3, 8 dan 4 dengan 0.

Jawapan = 960 000

Selamat datang.. Dunia Matematik Tingkatan Satu

Selamat sejahtera, murid murid. Semoga anda semua sihat. Selamat datang ke blog matematik cikgu. Cikgu harap semua murid dapat mendapat pengetahuan dan latihan matematik tambahan daripada blog ini. Cikgu akan post nota ringkas tentang bab yang murid belajar di blog ini selepas setiap bab matematik habis diajar. Blog ini akan terus dibina dan update dari semasa ke semasa.  Apa-apa soalan boleh terus mengemukakan soalan dengan komen di sudut ''comment'', jangan berasa segan. Kita-kita sama-sama belajar... Tq :D  

Thursday 5 April 2012

Teknik Belajar Matematik


Hi, pelajar dan pembaca blog saya yang saya kasihi sekalian. Selagi anda melayari blog matematik ini bermaksud anda mempunyai sedikit minat dalam matematik. Matematik merupakan satu mata pelajaran dan sentiasa digunakan secara meluas di dalam kehidupan seharian. Maka ada pelajar yang menganggap bahawa MATEMATIK merupakan satu subjek yang sukar. Lebih serius lagi, mereka benci akan matematik!

Mungkin terdapat banyak faktor yang menyebabkan pelajar tidak suka akan subjek Matematik seperti faktor pengajar, faktor suasana keluarga atau mereka memang tidak berminat langsung terhadap dunia Matematik. Sebenarnya sekiranya pelajar mengetahui teknik dan cara yang betul untuk belajar, pelajar mampu menguasai subjek tersebut dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Teknik

1) Semasa di dalam kelas, sentiasa jangan segan untuk bertanya soalan kepada guru matematik. Pelajar juga dinasihatkan untuk membaca sepintas secara bersendirian sebelum kelas bermula.

2)Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Ini bermaksud pelajar perlulah membuat latihan untuk menguasai sesuatu topik, bukan membacanya. Semakin banyak pelajar buat latihan, semakin cekap dan cepat dia menjawab soalan matematik. (Ingat! Jangan buat 100 soalan tentang topik yang sama sekaligus. Buatlah macam 10 soalan untuk topik ini dan tukar lagi. Kalau tidak, kamu akan berasa bosan dan seterusnya benci akan matematik lagi.)

3) Masa mengulang kaji adalah fleksible dan terpulang kepada pelajar. Pelajar boleh mengulangkaji bersama kawan juga untuk meminta tunjuk ajar daripada mereka.

4) Dapatkan soalan-soalan lepas. Soalan -soalan lepas adalah gambaran tentang apa yang perlu kita tahu dalam subjek matematik.

Yang akhir sekali,pelajar perlu mempunyai azam dan kemahuan untuk menguasai subjek matematik. Pelajar haruslah tidak berputus asa sehingga berjaya menguasai semua mata pelajaran.